Galeri Kanak-Kanak













AJARLAH Anak Anda Mencintai Tulisan Jawi


*)  Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah SAW
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Harga setiap unit : RM45.00

Kisah Haiwan Zaman Rasulullah SAW ini mengandungi 2 set buku iaitu :
Buku 1 : Kisah Haiwan MAKKAH
---------------------------------------------------------------------------------
• Gajah Raja Abrahah • Keldai Halimatus Saadiah • Unta Jelmaan
• Buraq Israk Mikraj • Ketua Ular Makkah

 



Buku 2 : Kisah Haiwan MADINAH
----------------------------------------------------------------------------------------------
 • Merpati Gua Thur • Kuda Surakah • Kambing Betina Mukjizat Nabi •
Unta Betina Tunggangan Rasulullah • Kambing Biri-biri Beracun

Semua haiwan ini pernah bertemu atau hidup pada zaman Rasulullah SAW. Penulisnya menyelami diri haiwan tersebut dan menceritakan apa yang dialami ketika bersama Rasulullah. Adik-adik akan bertemu dengan peristiwa yang belum pernah adik-adik dengar.

 Ini bukan dongengan Sang Kancil, tetapi peristiwa sebenar yang berlaku pada diri Rasulullah
 
 

*) Adik Suka Baca Jawi (Siri 1 - 6)
Penulis : Khairani Yusuf
Harga setiap unit : RM9.90

Siri "Adik Suka Baca Jawi" ini merupakan satu usaha untuk menarik minat generasi muda untuk mendekati dan seterusnya mencintai tulisan Jawi. Cerita-cerita yang disampaikan dalam siri ini disertakan dengan ilustrasi yang menarik lagi berwarna-warni dan diharapkan dapat membantu merangsang perkembangan minda kanak-kanak.



Bersama memartabatkan tulisan Jawi demi generasi masa depan

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


*) Aduhai Si Tempang
Penulis : Norhadani
Harga setiap unit : RM8.90

Kemalanganjalan raya telah menjadikan Zulkarnain tempang dan yatim piatu. Bersama datuk dan neneknya, Zulkarnain diasuh menjadi seorang budak yang baik dan penyabar meskipun kecacatan itu dijadikan bahan ejekan Bazli dan kawan-kawannya. Kehadiran Nurul Ain telah mendorong Zulkarnain agar terus menguatkan semangatnya. Kebakaran rumah Bazli akhirnya berjaya mengubah persepsi Bazli dan kawan-kawannya terhadap Zulkarnain. Apakah yang telah Zulkarnain lakukan?





*) Harimau Yang Mengenang Budi
Penulis : Johnny Rinaldi dan A. Wahyu L.B.
Harga setiap unit : RM9.90

Pada suatu hari, ketika ketiga-tiga ekor Arnab sedang bermain-main, mereka telah tersempak dengan seekor harimau yang terperangkap di dalam sebuah lubang. Mereka meminta pertolongan daripada haiwan lain untuk membantu Harimau. Namun, tiada siapa pun yang sanggup membantu mereka. Akhirnya, dengan tekad dan keberanian, arnab-arnab itu berjaya menyelamatkan Harimau.

Pada suatu hari, ketiga-tiga ekor arnab itu telah tersesat di kawasan hutan larangan. Banyak haiwan buas yang tinggal di situ. Bahaya menanti mereka apabila sekawan Serigala yang kelaparan telah mengepung mereka. Tiba-tiba, muncul pula seekor harimau. Apakah yang terjadi kepada ketiga-tiga ekor arnab itu?



*) Kisah-Kisah Nabi
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Harga setiap unit : RM3.90

25 kisah para nabi yang kita mungkin sudah lupa. Jadikan ia "Bedtime Story" yang bermanafaat untuk anak-anak kita agar mereka mencintai Nabi dan Rasul pada masa kini dan masa akan datang.

Dalam agama islam terdapat 25 nabi dan rasul yang wajib diketahui dengan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi yang terakhir untuk seluruh umat . Ketahuilah kisah nabi kita sepanjang masa, yaitu : 
1. Adam AS.
2. Idris AS.
3. Nuh AS.
4. Hud AS.
5. Soleh AS.
6. Ibrahim AS.
7. Luth AS.
8. Ismail AS.
9. Ishak AS.
10. Yakub AS.
11. Yusuf AS.
12. Ayub AS.
13. Sueb AS.
14. Musa AS.
15. Harun AS.
16. Zulkifli AS.
17. Daud AS.
18. Sulaiman AS.
19. Ilyas AS.
20. Ilyasa AS.
21. Yunus AS.
22. Zakaria AS.
23. Yahya AS.
24. Isa AS.
25. Muhammad SAW.





*) Siapa Alien
 Penulis : Wardina Safiyyah 
Harga setiap unit : RM19.00

Karakter Ali direka untuk menarik minat anak-anak. Sesuatu yang “luar biasa” lebih digemari daripada sesuatu yang biasa mereka lihat. Ali adalah karakter yang suka bertanya dan tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Ali karakter yang berani. Mengembara ke alam angkasa mengajar anak anda nama-nama planet dan membawa anak anda mengenali bumi dan alam semesta.






*) Ajarkan Buah Hati Mencintai Nabi
Penulis: Arsil Ibrahim
Harga setiap unit : RM25.00
Sejauh mana ibu-bapa mendekatkan diri anak-anak dengan nabi. Ajarkan buah hati anda agar mencintai nabi yang mungkin kita sendiri semakin jauh daripadanya









*) Kilang Biskut
Penulis : Yaser M. Akhir
Harga setiap unit : RM10.00
Trio Detektif ini ialah siri novel penyiasatan kanak-kanak tentang tiga orang sahabat yang memiliki kepakaran dan kelebihan masing-masing dan sangat berminat untuk menjadi penyiasat iaitu Kasya, Willy dan Dave. Adik-adik akan belajar pelbagai teknik penyiasatan dan mendedahkan kepada adik-adik pelbagai pengetahuan dan maklumat tentang dunia jenayah termasuk:

· Bagaimana menghindarkan diri daripada terjebak dengan jenayah
· Bertindak dengan bijak dan pantas.
· Cepat membuat keputusan.
Kaedah untuk menyelamatkan diri daripada gagal dalam penyiasatan.



solution for ur life

solution for ur life

NaK JoIn Stormreders Atau Pengedar Solusi ?

Tambah Pendapatan Didunia dan Akhirat...

Tambah Pendapatan Didunia dan Akhirat...