Galeri Novel Terlaris


a) Kembara Hamba Mencari Cahaya
Penulis : Hilal Asyraf
Harga setiap unit : RM23.00

Sebenar dan sedekat mana kita dengan Allah? Buku ini mengumpulkan 60 tazkirah ringkas berkisarkan isu-isu yang berlegar di sekeliling kita. Penulis banyak menyentuh soal hubungan sesama manusia yang dapat mencipta hubungan yang lebih erat dengan Maha Pencipta, Allah SWT.



 


b) Nota Hati Seorang Lelaki
Penulis : Pahrol Mohd Juoi
Harga setiap unit : RM20.00

Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI. Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pengalaman hidup bersama ibu dan ayah, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan. Bacalah. Ia meruntun jiwa dan insya allah mendidik jiwa 



 c) Syabab Musafir Kasih
Penulis : Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Harga setiap unit : RM22.90
Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang malang pada awal kehidupannya. Beliau bukan sahaja anak yatim, tetapi juga sering dipandang hina dan tidak berharga di mata penduduk kampung. Namun begitu, berkat keyakinannya terhadap Islam yang dianutinya serta ilmu yang dipelajarinya, Syabab bangkit dari kesusahan hidup dan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupannya sehingga beliau berjaya mengetuai pemuda-pemuda di kampungnya berubah menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Malah, mereka yang membencinya juga kini mengasihinya

 


d) Stanza Cinta
Penulis : Nurull Halawati
Harga setiap unit : RM19.50
Amni Sorfina perlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan yang perlu dibimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dia korbankan cintanya demi menunaikan sekeping janji? Apakah ini juga bermakna dia harus lepaskan sesuatu yang paling diingininya?







e) Pemilik Cintaku
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Harga setiap unit : RM12.00
Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadapa Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk menerima pasangan hidup yang benar-benar boleh mendidik beliau dan keluarga ke jalan syurga. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menjumpai PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.

   
 


f) Rona-Rona Cinta Damascus
Penulis : Sheila Wani
Harga setiap unit : RM23.00
Mengisahkan kehidupan pelajar Malaysia di bumi Damascus, Syria. Konflik hidup dan ujian sebagai perantau terpaksa diharungi mereka demi sebuah perjuangan. Tekanan Amerika Syarikat terhadap Syria telah mengakibatkan mereka turut sama merasai bahang kekejamannya. Novel ini juga menceritakan kisah percintaan seorang gadis yang bernama Manal Husna.

 Dia tidak pernah menginginkan perjalanan cinta yang tidak seindah angannya. Walaupun begitu dia tetap bersyukur kerana terlepas daripada cinta-cinta palsu dan reda dengan suratan takdir dalam hidupnya. Percintaan yang dibina atas dasar pilihan orang tua dan kasihan, semuanya ternoktah dengan seribu penyelesaian. Dugaan dan cabaran di bumi Damascus silih berganti hadir mengiringi ketentuan hidup pelajar di sana.

Mampukah mereka meninggalkan bumi Syria dengan segulung ijazah. Berjayakah Manal Husna mengecapi cinta sebenar setelah meniti onak ranjau yang terpaksa ditempuhinya? Penulis akan membawa anda ke dunia seram, suspen, menyayat hati, konflik dan ketenangan.


g) Cinta Ain Naqilah
Penulis : Athirah Taha
Harga setiap unit : RM20.00
Kesetiaannya selama ini tidak pernah dihargai seorang lelaki yang bergelar tunangan. Fariz curang padanya. Sudahlah perasaan Ain Naqilah tidak dipedulikan malah Fariz sama sekali tidak pernah mahu berterus–terang dengannya. Julia Anis meleraikan segalanya. Dia datang bagai menyerah diri kepada Ain Naqilah.

Kecewanya Ain Naqilah hanya Tuhan yang tahu. Baru dia sedar yang cinta Fariz bukan lagi untuk dirinya. Perasaan Ain Naqilah terguris. Ain Naqilah tidak mahu silap membuat perhitungan lagi. Biarlah Fariz dengan hidupnya sendiri. Setelah persetujuan dicapai, hati Fariz mula bergolak. Seakan menyesal mengecewakan Ain Naqilah. Fariz mahu mengutip kembali sisa kenangan ketika mereka bersama. Namun Fariz terpaksa akur. Ain Naqilah tidak mungkin lagi menjadi miliknya.

 Fariz belajar menerima takdir itu. Fokusnya beralih pada Julia Anis. Namun Julia Anis pula yang seperti tidak tegar bersamanya kerana merasa bersalah pada Ain Naqilah. Apabila kesetiaannya tidak dihargai, ke manakah Ain Naqilah mahu membawa cintanya? Adakah menutup ruang hatinya buat seketika atau pun kehadiran Azri berjaya meyakinkan Ain Naqilah bahawa cinta akan enemaninya ke suatu destinasi yang indah? Apakah kesudahannya? Cinta Ain Naqilah merungkai segalanya.
  


h) Cinta Granada
Penulis : Rawdha Ashour
Harga setiap unit : RM23.00
Mariama dan Hassan, satu-satunya keluarga yang masih tinggal di rumah peninggalan Abu Jaafar. Mereka hanya ditemani Ali; cucu daripada anak lelakinya yang bergabung dengan pasukan pemberontak. Dalam diam Hassan mengajar Bahasa Arab pada Ali.








 i) Kumpulan Cerpen: Tawajjuh Cinta
Penulis: Juwairiah Md. Jamil
Harga setiap unit (piece): RM12.00
Koleksi 13 cerpen hasil karya penulis muda ini dihimpunkan dalam satu kumpulan cerpen “Tawajuh Cinta” yang meny¬elami kehidupan dan jiwa remaja dalam menghadapi pelbagai konflik dan keindahan makna cinta. Berkisar kehidupan dan keluarga yang tidak lari dari pencarian keredaan Allah SWT. Selamilah iramanya dalam “Lancungan Cermin”, “Tawajuh Cinta”, “Someng”, “Dilema Seorang Khaulah” dan banyak lagi.






  j) Tragedi Cinta Taj Mahal
Nama Penulis: Aneesah Aliyyah
Harga setiap unit : RM17.00
Natasha merupakan anak sulung Dr. Farid dan isterinya, Puan Hasmah. Dia mempunyai seorang adik kembar, Aleesha yang berusia 18 tahun. Mereka berdua melanjutkan pelajaran di Victoria University, Wellington, New Zealand.

Di Wellington, Natasha bertemu seorang pemuda kulit putih yang berjaya mengambil hatinya, Jonathan. Jonathan juga sangat tertarik dengan Natasha, hingga membuatkan dia hendak mengenali Islam. Namun, hubungan antara benua dan antara agama ini tidak dapat diteruskan kerana Dr. Farid hendak Natasha dikahwinkan dengan anak kepada rakan karibnya, Bahar. Sebagai anak yang sangat taatkan orang tuanya, Natasha turutkan sahaja walaupun dia terpaksa mengorbankan perasaannya. Natasha sering mendapat igauan tentang kematian. Ternyata igauannya menjadi kenyataan. Dia memang hendak dibunuh dalam satu kes langgar lari di Wellington, lantas memaksanya untuk balik ke Malaysia.

Di Malaysia, berkat taatkan orang tuanya, Natasha hidup bahagia di samping suaminya di rumah mereka yang diberi nama Mahligai Taj Mahal. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara kerana Bahar mati secara tiba-tiba. Kematian Bahar adalah kematian kedua di mahligai itu. Benarkah dia dibunuh? Atau ia merupakan satu sumpah di mahligai itu? Mengapa Jonathan muncul selepas kematian Bahar dan dapatkah dia mengahwini Natasha?


k) Dingin Salju Indiana
Penulis : Nurulsham Saidin
Harga setiap unit : RM19.50


Jannah dan Murni memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian , cabaran yang menggugat persahabatan dan keimanan. Murni menyentak rasa dengan sikap egonya. Malah , segalanya tentang Murni mencemaskan. Jannah yang tegas, pernah mengaku kalah di tengah jalan , namun dia harus lebih kuat menghadapi keadaan.



 



  l) Perindu Pelangi
Penulis : Siti Munirah A. Rashid
Harga setiap unit : RM19.00
Akil masih terlalu mentah untuk menanggung musibah sebegitu berat. Mujurlah ada tangan yang bersimpati, lalu dia dibawa pergi. Belasan tahun dia hidup ceria di Guangzhou, China. Namun segalanya berubah selepas perkenalan dengan Isador, konflik dengan Ho Man, kemelut hubungannya dengan Xiao Wei dan peristiwa tragik sewaktu kepulangan singkatnya ke Malaysia.






 m) Tautan Hati
Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Harga setiap unit : RM29.90
Puas kurayu, puas kuseru, jawapanmu tetap yang dulu. Oh sukarnyamengajakmu! Namun, kasihku padamu cukup padu. Lantaran itu,Akukan terus menyerumu. Pada yang Satu. Ku-genggam kukuh suatu azimat, "Kita hanya penyeru, bukan penghukum."








n) Terasing
Penulis : Hilal Asyraf
Harga setiap unit : RM20.00
11 tahun terpisah dengan sahabatnya Zaman, Saifullah bermimpi akan janji mereka berdua yang seakan-akan belum ditunaikan. Zaman kembali secara tiba-tiba. Saifullah gembira. Tetapi, bukan hanya kebahagiaan sahaja yang ada di dunia.





solution for ur life

solution for ur life

NaK JoIn Stormreders Atau Pengedar Solusi ?

Tambah Pendapatan Didunia dan Akhirat...

Tambah Pendapatan Didunia dan Akhirat...