Galeri Solat

a) Formula Solat Sempurna
Penulis : Ust. Zaharuddin Abd. Rahman
Harga setiap unit : 25.90

FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama hadis silam dan semasa.

Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.


b) Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Solat 1 Tapi Anda Malu Bertanya
Penulis : Ust Mohammad Nidzam
Harga setiap unit (piece): RM16.90

Ibadah solat datang terus daripada Allah S.W.T. Ia menjadi modul, teknik, rasional dan peraturan yang lengkap. Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang solat kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan pada setiapa soalan yang mungkit berlegar difikiran kita mengenai solat. Anda boleh membelinya dan senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang solat!





c) Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya
Penulis : Rohidzir Rais
Harga setiap unit : RM19.90

Sambungan daripada Soal Jawab Bahagian 1. Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang solat kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan. Anda boleh membelinya dan senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang solat!






d) Solat Sunat..Kaitannya dengan Keperluan Masa Kini
Penulis : Ustaz Abdul Rahman Mohamed
Harga setiap unit : RM29.90

Islam ialah agama kesejahteraan, agama samawi yang syumul dengan konsep peribadatan yang menyeluruh, unik dan tersendiri. Ibadah dalam Islam menjurus kepada ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan yang banyak menyelesaikan masalah umat. Setiap ibadah dalam Islam mengandungi hikmah atau fadilat yang tersendiri. Jika digali dan dikaji maka akan terserlah kebaikan yang tersirat.
Buku ini menerangkan fadilat dan tatacara solat-solat sunat yang ada dalam Islam. Dilengkapi dengan paparan situasi masalah-masalah masyarakat yang ada jalan penyelesaiannya dengan melaksanakan solat-solat sunat tertentu. Masalah anda juga mungkin disorot dalam buku ini.



e) Solat Sunat Pilihan
Penulis : Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Harga setiap unit : RM19.90

Mengapa di akhirat nanti ada orang yang masuk syurga tetapi masih menyesal? Inilah hakikat yang dialami oleh orang yang masuk syurga apabila melihat kelebihan orang lain. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh orang lain itu bukan disebabkan amalan fardu, tetapi hanyalah amalan-amalan sunat.







f) Solat Sunat Pilihan 2
Penulis : Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
Harga setiap unit : RM20.00

Dalam Solat Sunat Pilihan 2 ini disambung dengan solat Istikharah, so­lat Tasbih, solat Taubat, solat Istisqa’ (mohon hujan) dan solat Tarawih. Sesungguhnya solat sunat ialah solat tambahan selain daripada solat fardu yang memainkan dua peranan penting:
Pertama: Jika solat fardu anda sudah sempurna, solat sunat berperanan meningkatkan darjat ibadah anda kepada Allah s.w.t.
Kedua: Jika solat fardu anda belum sempurna lantaran kurang khusyuk atau meninggalkan perkara-perkara sunat, maka solat sunat berperanan menampung kekurangan yang anda lakukan dalam solat wajib.
Buku ini berbeza kerana penulisnya membawa hujah dari al-Quran dan hadis dalam setiap perbuatan solat. Ini boleh membantu solat kita dilakukan dengan lebih berotoriti dan berkeyakinan tinggi. Di samping itu disertakan juga hikmah di sebalik setiap perbuatan. Buku ini juga mengandungi doa-doa di dalam dan selepas solat sunat yang sangat mustajab untuk diamalkan.



g) Koleksi Jom Solat
Terbitan & Edaran : Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga setiap unit (piece): RM200.00

VCD "Jom Solat Bersama Ustaz Zamri " ini adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu dan sempurna ibadatnya bermula dari usia kanak-kanak lagi. Di samping itu, VCD ini juga dihasilkan agar dapat membantu pembentukkan kanak-kanak yang beriman, berketerampilan, beramal saleh al-Quran dan as-Sunnah. Solat ialah tiang agama. Kebajikan yang dilakukan tidak bermakna jika solat tidak didirikan. Justeru, VCD ini menerapkan kepentigan solat dengan sempurna.

solution for ur life

solution for ur life

NaK JoIn Stormreders Atau Pengedar Solusi ?

Tambah Pendapatan Didunia dan Akhirat...

Tambah Pendapatan Didunia dan Akhirat...