.
*) Indahnya Amalan Berdoa
Penulis : Dato Ismail Kamus
Harga setiap unit : RM35.00
*) 101 Doa Daripada Hadis-Hadis Sahih
Penulis : Ustaz Haji Zahazan Mohamed
Harga setiap unit : RM29.90
Doa dan zikir mampu men-jadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa. Ahli psikologi mengatakan apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu buat. Fikiran minda itu ialah doa dan zikir. Selain itu doa dan zikir juga perlu melalui adab dan kaifiat untuk mendatangkan kesan yang optimum. Doa dan zikir ialah suara hati. Namun jika doa dan zikir itu dari-pada hadis bermakna pe-mohon membawa suara hati Rasulullah s.a.w. untuk memohon kepada Allah s.w.t. Sudah tentu impak-nya lebih kuat.
*) 101 Doa Para Nabi dan Rasul dalam al-Quran
Buku “INDAHNYA AMALAN DOA” diterbitkan sebagai susulan kepada buku beliau INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pembaca khasnya dan seluruh umat Islam amnya.
Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini. Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada “Tuhan” mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.
*) 101 Doa Daripada Hadis-Hadis Sahih
Penulis : Ustaz Haji Zahazan Mohamed
Harga setiap unit : RM29.90
Doa dan zikir mampu men-jadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa. Ahli psikologi mengatakan apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu buat. Fikiran minda itu ialah doa dan zikir. Selain itu doa dan zikir juga perlu melalui adab dan kaifiat untuk mendatangkan kesan yang optimum. Doa dan zikir ialah suara hati. Namun jika doa dan zikir itu dari-pada hadis bermakna pe-mohon membawa suara hati Rasulullah s.a.w. untuk memohon kepada Allah s.w.t. Sudah tentu impak-nya lebih kuat.
*) Zikir Doa dan Selawat Popular
Penulis : Mohamad AbdullahAl-Amin
Harga setiap unit : RM25.90
Buku DOA, ZIKIR DAN SELAWAT POPULAR ini menghimpunkan panduan untuk beramal melalui doa, zikir dan selawat kepada Rasulullah s.a.w. Buku ini memaparkan sejarah doa para nabi dan rasul yang sebahagian besarnya termaktub di dalam al-Quran.
Soalan seperti bilakah waktu yang mustajab untuk berdoa, bagaimana berdoa dengan menggunakan nama Allah yang Agung atau Asmaul Husna kerap kali ditanya. Buku ini menyediakan segalanya!
Selain itu, buku ini juga memberi panduan untuk beramal di samping menyediakan doa-doa tertentu seperti doa murah rezeki, doa untuk ketenteraman dan kesejahteraan jiwa, doa ketika berhadapan dengan berita sedih serta ketika menghadapi ujian dan kesusahan termasuk mendoakan orang yang ditimpa musibah atau sakit. Untuk kebahagiaan rumah tangga pula disediakan doa untuk suami isteri, doa aktiviti harian, tolak bala dan lain-lain doa mohon keselamatan. Buku ini harus dimiliki oleh semua golongan dari semua peringkat masyarakat.
*) 101 Doa Para Nabi dan Rasul dalam al-Quran
Penulis : Ustaz Haji Zahazan Mohamed
Harga setiap unit : RM19.90
Modul untuk kegunaan harian pelajar dan remaja menghafal doa dan mengamalkan adab-adab seharian. Untuk menjadi cemerlang seseorang harus melakukan lebih usaha. Orang yang banyak membaca, ilmu pengetahuannya bertambah. Orang yang banyak menghafal doa pula akan menjernihkan hati serta menaruh keyakinan yang tinggi kepada Allah s.w.t. Adab harian pula akan menjadi rutin apabila selalu diamalkan.
*) Doa, Zikir dan Munajat Yang Didengari Allah
Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed dan Mohd Wahid Abd Hanif
Harga setiap unit : RM12.00
Buku DOA, ZIKIR & MUNAJAT YANG DIDENGARI ALLAH ini mengandungi doa, munajat dan zikir dalam 4 bahagian termasuk kaifiat dan khasiat beramal dengannya:
DOA HARIAN dari bangun tidur hingga ke masjid dan ketika hendak tidur malam.
DOA DALAM KEADAAN TERTENTU seperti ketika bermusafir, tahniah kepada pengantin, ketika masuk ke pasar, dalam majlis, pada bulan puasa, mohon kuatkan iman dan doa pada hari-hari tertentu.
DOA MINTA PERLINDUNGAN daripada kesusahan, kesempitan hidup, ketakutan, gelisah, dukacita, menolak bala, ditimpa musibah, membayar hutang, kejahatan dan kezaliman orang lain, menjauhi jiwa yang tidak tenteram, penyakit waswas, perlindungan untuk anak kecil, merawat penyakit, mengusir syaitan dan gangguan sihir.
ZIKIR pada masa-masa tertentu, zikir yang disukai Allah, zikir hauqalah, zikir hasbalah, menghindar daripada api neraka, sebelum memulakan sesuatu yang penting dan banyak lagi.
*) Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari
Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed dan Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid
Harga setiap unit : RM12.00
Buku DOA MENJADI PENGANTIN BARU SETIAP HARI ini mengimbau kembali keindahan suasana perhubungan suami isteri ketika usia muda agar setiap ketika hubungan anda dengan suami / isteri bagaikan pengantin yang baru diijabkabulkan.
Antara doa-doa yang dimaksudkan ialah mohon keteguhan iman, menanam kasih sayang suami isteri, mohon keselamatan, mohon agar mendapat zuriat yang soleh, diberi kesabaran dan kekuatan, dilindungkan tempat kediaman, mengelak daripada jiran yang jahat, menenangkan diri dalam keadaan panas baran, marah dan musibah, berlindung daripada gangguan syaitan, berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, mengelak kecurangan suami atau isteri, mohon murah rezeki dan mengelakkan bebanan hutang, mengelakkan kehinaan serta bala bencana dan bagaimana menangani stres. Bagi setiap doa diterangkan kaifiat, rahsia, cara amalan dan adab-adab yang berkaitan.
*) Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir Dan Doa
Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Rohidzir Rais
Harga setiap unit : RM12.00
Buku Tarbiah Anak-Anak Dengan Zikir & Doa ini menghimpunkan doa-doa untuk ibu bapa membimbing anak-anak dan diajarkan kepada anak serta untuk dijadikan amalan dalam mendidik anak. Buku ini dibahagi kepada 4 aspek termasuk keterangan dan petua beramal:
KETELUSAN AKHLAK & KEMURNIAN PEKERTI seperti mendapat ramai anak soleh dan cemerlang, menghilangkan perasaan marah, menenteramkan jiwa, menghadapi saat-saat getir, mohon kesabaran, meningkat keyakinan diri dan mohon dipenuhi keperluan.
KECEMERLANGAN AKADEMIK seperti mudah menghafal pelajaran, mudah menjawab soalan peperiksaan, dikasihi guru, mohon kelulusan cemerlang dan mudah menghafal al-Quran.
KECERGASAN JASMANI DAN KEAFIATAN FIZIKAL seperti mohon perlindungan daripada gangguan, sihir, luka, demam, bengkak, jauhi daripada zina, stres dan jauhi daripada insomnia.
ZIKIR DAN SELAWAT seperti selawat Ibrahimiyyah, mohon kebahagiaan, mohon keselamatan, kelapangan, menghindari bahaya, sembuh penyakit dan mengelak mimpi ngeri.
*) Doa Zikir Harian
Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed
Harga setiap unit : RM6.00
Buku DOA & ZIKIR HARIAN ini lain daripada yang terdapat dalam pasaran kontemporari kerana ianya disusun dan direka bentuk dengan ciri-ciri keistimewaan tertentu antaranya:
Susunan doa ditujukan khas untuk semua golongan dan peringkat usia.
Setiap doa ada keterangan, petua beramal dan adab-adab.
Buku bersaiz kecil mudah untuk dipegang di atas tapak tangan kiri, dan mudah untuk diselak dari muka ke muka oleh jari tangan kanan.
Orientasi melintang memudahkan format reka bentuk ayat untuk dihafal dan diingat.
Model buku ini sesuai untuk dijadikan buku cenderahati untuk tetamu ke majlis perkahwinan, pertunangan, pelajar, sambutan hari ulang tahun atau hari jadi dan sebagainya.