Galeri Buku Terbaru

Bila Allah Menduga Kita
Penulis : Syed Alwi Alatas
Harga : RM19.90
------------------------------------------------------------

BILA ALLAH MENDUGA KITA lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.






Ubat Daripada Sumber Babi dan Pilihan Alternative
Penulis : Abdul Rahman
Harga : RM39.90
------------------------------------------------------------

Ubat daripada sumber babi merupakan isu kontemporari, sensitif dan kontrovasi terutamanya bagi negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam seperti di Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Produk ubat-ubatan seperti vaksin, ubat pembedahan, kencing manis dan sakit jantung disyaki mengandungi bahan-bahan yang tidak halal. Meskipun Islam memberi kelonggaran sementara untuk mengambil ubat-ubatan yang mengandungi sumber haram dalam keadaan darurat, namun bagi pesakit yang menitik beratkan soal halal dan haram, mereka mempunyai hak untuk mengetahui dan membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolak ubat tersebut.

Buku Ubat Daripada Sumber Babi dan Pilihan Alternatif ini memberi pendedahan dan panduan kepada pembaca bagi menghadapi isu penggunaan sumber babi di dalam ubat-ubatan dan permasalahan yang berkaitan dengannya. Selain menyenaraikan lebih 90 jenis ubat yang mengandungi sumber babi dan pilihan alternatif yang ada, buku ini juga menerangkan pendapat-pendapat ulama serta fatwa-fatwa perubatan terkini yang dikeluarkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.



Biografi Muhammad Bin Abdullah
Penulis : Zulkifli Mohd Yusoff
Harga setiap unit : RM35.00
-------------------------------------------------------------------------------------

“Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.”

“Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.”



 
Riba dan Isu Kewangan Semasa
Penulis : Zaharuddin Abd Rahman
Harga setiap unit : RM20.00
-------------------------------------------------------------------------------------

Kita sering terjebak dalam kancah riba secara kita sedar ataupun tidak. Dapatkan kupasan menarik berkenaan riba dan isu kewangan semasa daripada tokoh berpengalaman perbankan Islam ini.







Mukmim Profesional : Celik Mata Hati
Penulis : Pahrol Mohamad Juoi
Harga setiap unit : RM55.00
-------------------------------------------------------------------------------------

Umat Islam memerlukan penjenamaan peribadi yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding’ yang diidamkan itu! Insya-Allah.

Buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari.

 




Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman
Penulis : Muhammad Alexander
Harga setiap unit : RM31.50
-------------------------------------------------------------------------------------
Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA.

Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal.


 
Yakjud dan Makjuj: Bencana Disebalik Gunung
Penulis : Muhammad Alexander
Harga setiap unit : RM31.50
-------------------------------------------------------------------------------------

Persoalan Yakjuj dan Makjuj masih diselimuti oleh kabus misteri. Kitab-kitab Samawi yang diturunkan dari langit seperti Taurat, Injil dan al-Quran, masing-masing menyebut mengenai Yakjuj dan Makjuj. Al-Quran menceritakan tentang sifat dan peristiwa Yakjuj dan Makjuj dengan Zulkarnain dengan huraian penceritaan yang sempurna.
Buku ini membongkar bangsa yang membawa huru-hara kepada dunia dengan berdasarkan huraian kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Dimuatkan dengan imej, peta, ilustrasi, carta masa. Menjadikan buku ini antara yang terlengkap dalam sejarah.




Alexander Adalah Zulqarnain
Penulis : Muhammad Alexander
Harga setiap unit : RM35.00
-------------------------------------------------------------------------------------

Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84)
Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.'


 

501 Soal Jawab Darah Wanita
Penulis : Muzayyanah Abdullah
Harga setiap unit : RM20.00
------------------------------------------------------------------------------------

Menstruasi merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya mengandung. Semasa kedatangan haid, seorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh kesuburan seorang wanita dicirikan dengan ritma pada rembesan hormon yang diperlukan bagi pembiakan.
Ketahui lebih lanjut mengenainya dalam bentuk soal jawab yang ringkas dan menarik

solution for ur life

solution for ur life

NaK JoIn Stormreders Atau Pengedar Solusi ?

Tambah Pendapatan Didunia dan Akhirat...

Tambah Pendapatan Didunia dan Akhirat...