Muslimah & Rumahtangga


a) Hadiah Buat Muslimah
Penulis : Siti Nor Bahyah Mahamood
Harga setiap unit : RM30.00
HADIAH BUAT MUSLIMAH – Panduan Asas Fiqah Wanita ialah sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.
Hukum-hakam yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas dari al-Quran dan hadis. Isu yang dibincangkan mustahak, kontemporari dan relevan. Buku ini sesuai untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah. Berikan mereka hadiah yang terindah - IBADAH YANG SEMPURNA


b) Untukmu Wanita
Penulis : Zaharuddin Abdul Rahman
Harga setiap unit : RM21.00
Hadiah istimewa buat insan bernama wanita. Menggarap pelbagai permasalahan wanita yang merangkumi isu aurat, maruah, munakahat dan juga rumah tangga. Dipersembahkan dalam bentuk soal jawab. Santai dan bersahaja. Dikukuhkan dengan dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk rujukan dan bimbingan. Juga diselitkan kisah-kisah motivasi sebagai iktibar membentuk peribadi solehah.


c) Amalan Ibu Mengandung
Penulis : Siti Noor Bahyah Mahamood, Haji Muhammad Zakaria, Jaafar Salleh
Harga setiap unit : RM19.90
Kehamilan telah dilalui oleh jutaan manusia sejak Nabi Adam a.s. dan telah me-gembangbiakkan zuriat di atas muka bumi ini. Dari-pada risiko penyakit dan kematian bayi yang tinggi seperti kebanyakan ne-gara-negara di Afrika dan sebahagian negara di ran-tau Asia, peningkatan tek-nologi perubatan dan penyelidikan moden telah berkembang pesat untuk menjadikan kelahiran se-bagai “sifar risiko”.


d) Rayuan Cinta Buat Isteriku
Penulis : Ibn Abdul Azib
Harga setiap unit : RM4.00
Isteri solehah - kemunculannya dalam hidup adalah satu keinginan dan memilikinya pula adalah satu hadiah paling mahal yang amat berharga dianugerahkan oleh Allah SWT buat para Mukmin yang soleh. Nukilan berupa lembaran-lembaran warkah ini barangkali berbentuk monolog rayuan cinta dari lubuk sanubari lelaki yang bergelar seorang suami kepada seorang isteri. Monolog rayuan yang terbit daripada suara hati yang paling rawan, terdalam dan terhalus tidak mampu diterbitkan melalui kata-kata lantaran sifat pendiam yang dominan dalam jiwa seorang lelaki. Lantas di lembaran-lembaran bisu inilah menjadi saksi terjemahannya.


e) 10 Terminal Rumah Tangga
Penulis: Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood
Harga setiap unit : RM17.00

Buku 10 Terminal Syurga Rumah Tangga mengandungi petua melahirkan rumah tangga yang menjadi idaman dan harapan setiap insan iaitu rumah tangga yang di dalamnya bersemarak suasana sakinah, mawaddah dan rahmah. Terdapat tiga dimensi perkahwinan yang dicatatkan oleh Dr. Abdullah Nasih al-Ulwan dalam kitabnya yang masyhur, Tarbiah al-Awlad fi al-Islam iaitu:-
i. Perkahwinan adalah fitrah manusia.
ii. Perkahwinan adalah kepentingan dalam bermasyarakat.
iii. Perkahwinan adalah penyucian dan pemilihan hati.


f) Cakar Harimau..
Penulis : Siti Nor Bahyah Mahamood
Harga setiap unit : RM19.90
Buku ini disasarkan kepada remaja, bakal pengantin, suami isteri baru dan veteran. Selain membawa senario cinta dari perspektif Islam, buku ini memberi panduan bagaimana men-jadi isteri dan suami mithali. Bagi remaja buku ini amat bermanfaat untuk memahami persiapan sebelum melangsungkan perkahwinan dan bagaimana melahirkan perasaan cinta suami isteri yang tinggi. Topik terhangat ialah teknik “Cakar Harimau” dan “Urutan Labah-Labah” yang popular.


 
g) 31 Tips Suami Idaman
Penulis : Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood
Harga setiap unit : RM19.90
 Apakah ukuran suami yang ideal? Buku ini menggariskan ukuran ideal pada kaca mata Islam. Apakah ini bermakna kita menjadi begitu fanatik dan ortodoks?






solution for ur life

solution for ur life

NaK JoIn Stormreders Atau Pengedar Solusi ?

Tambah Pendapatan Didunia dan Akhirat...

Tambah Pendapatan Didunia dan Akhirat...