Galeri Haji, Makkah


a) Zikir, Doa & Wirid di Tanah Suci
Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed dan Mohd Azrul Azlen Abd. Hamid
Harga setiap unit : RM12.00


Sebuah buku yang sangat efektif buat mereka yang bakal mengerjakan umrah dan haji. Boleh di bawa ke mana sahaja, buku ini mengandungi segala doa yang anda praktikkan ketika di tanah suci. Menariknya, buku ini turut menyelitkan amalan yang dicadang untuk diamalkan bagi setiap doa.







b) Makkah al-Mukarramah Kelebihan dan Sejarah
Penulis : Abd. Basit Abd. Rahman
Harga setiap unit : RM30.00
Menceritakan tentang sejarah Makkah al-Mukarramah sebagai sebuah bandar paling lama dan perkembangan kota suci ini, sempadan tanah haram, tentang Makkah, telaga zamzam, sejarah dan detail stuktur binaan Kaabah, Hajarulaswad, Maqam Ibrahim, perkembagan Masjidilharam, cara penyusunan saf di sekeliling Kaabah & banyak lagi.






c) SJRTT Haji Tapi Anda Malu Bertanya
Penulis : Zahazan Mohamed dan Mohammad Nidzam
Harga setiap unit : RM20.00
Buku SOAL JAWAB REMEH_TEMEH TENTANG HAJI TAPI ANDA MALU BERTANYA...ini berkisar kepada persoalan para jemaah dalam mendirikan ibadah Haji di Makkah dan Madinah.
KELEBIHAN BUKU INI :
Memberi ilmu yang menyeluruh kepada para jemaah yang akan menunaikan haji di Makkah. Sesungguhnya semua amal ibadah kita terhadap Allah SWT itu hendaklah disuluh dengan ilmu.

Menjawab pelbagai kemusykilan yang menghantui minda bakal jemaah haji kerana tidak berkesempatan untuk bertanya atau belajar dengan cara berguru.
Mencungkil persoalan remeh-temeh yang di luar kotak pemikiran para jemaah.
Dijadikan buku rujukan untuk dibawa bersama sepanjang perjalanan mengerjakan haji.
Carta Aliran Pelaksanaan Haji Ifrad sebagai lampiran memudahkan para jemaah melihat pelaksanaan haji itu sebagai satu overview.


d) Siri Panduan Ibadat Haji
Terbitan : Lembaga Tabung Haji
Harga setiap unit (piece): RM50.00
DVD Panduan Ibadat Haji ini akan memperkaya dan memperkasakan maklumat bakal-bakal haji tentang cara mengerjakan Haji yang lengkap dan sempurna.
Produk yang dipaparkan berdasarkan kepada buku Panduan Ibadat Haji dan Umrah terbitan Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji ini menggunakan rakaman penggambaran sausana sebenar yang dirakamkan sepenuhnya semasa musim haji yang lalu.
Bahagian Bimbingan Tabung Haji mempersembahkan beberapa DVD Panduan Ibadat Haji untuk melengkapkan persiapan dan pengetahuan bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci.
Siri Panduan Ibadat Haji Ini Mengandungi:
IBADAT HAJI (IFRAD) - GIDV1001
IBADAT HAJI (QIRAN) - GIDV1002
IBADAT HAJI (TAMATTU') - GIDV1003
IBADAT UMRAH & ZIARAH - GIDV1004


e) Panduan Belajar Bahasa Arab Untuk Jemaah Haji dan Umrah
Penulis: Ustaz Muhammad Sabri Sahrir
Harga setiap unit : RM17.00
*Gabungan teori dan praktikal bagi membantu para jemaah haji dan umrah dalam berkomunikasi bahasa Arab di Tanah Suci dan tempat-tempat lain. *Mencakupi tajuk-tajuk penting dalam perjalanan dan penggunaan seharian. *Terdiri daripada bahasa arab baku (fushah) di samping frasa-frasa penting dalam dialek (lahjah) Arab Saudi yang agak berlainan dengan bahasa Arab baku bagi membantu para jemaah mem-bezakannya nanti.
* Walaupun buku ini disusun khas untuk tujuan haji dan umrah, namun ianya boleh juga digunakan untuk tujuan perjalanan dan pengembaraan di negara-negara arab yang lain, selain daripada pembelajaran bagi semua peringkat usia.

solution for ur life

solution for ur life

NaK JoIn Stormreders Atau Pengedar Solusi ?

Tambah Pendapatan Didunia dan Akhirat...

Tambah Pendapatan Didunia dan Akhirat...